Selepas berbulan-bulan digembar-gemburkan, vivo akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran siri vivo X200 yang dinanti-nantikan di Malaysia. Melalui laman Facebook rasminya, vivo Malaysia mengumumkan bahawa siri X200 akan membuat penampilan sulung di negara kita pada acara pelancaran besar-besaran yang dijadualkan pada 19 November 2024, jam 4 petang.
Catatan tersebut turut menyatakan bahawa acara pelancaran ini akan distrim di beberapa platform termasuk Facebook rasmi vivo Malaysia, YouTube, Lazada, Shopee dan TikTok. Spesifikasi dan ciri-ciri siri ini tidak akan mengejutkan kerana ia telah pun dilancarkan di China pada bulan Oktober lalu.
Namun, ia berbeza dengan keluaran China yang mana model X200 dan X200 Pro dijangka akan dilancarkan di Malaysia dan peringkat global sementara X200 Pro Mini dipercayai akan menjadi eksklusif di China. Adakah anda ingin tahu lebih lanjut mengenai spesifikasi atau ciri-ciri yang mungkin terdapat pada siri vivo X200 ini?
Ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

