More

    Siri vivo X200 dilancar: Dimensity 9400, kamera telefoto 200MP, cas pantas 90W bermula ~RM2,610

    vivo hari ini memperkenalkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru, vivo X200, yang terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X200, vivo X200 Pro dan vivo X200 Pro mini. Buat masa ini, siri vivo X200 hanya akan ditawarkan dalam pasaran China sahaja.

    vivo X200 Pro dan vivo X200 Pro Mini

    vivo X200 Pro menampilkan skrin Quad Curved 6.78 inci dengan sempadan bezel senipis 1.63mm, manakala vivo X200 Pro mini mempunyai skrin rata berukuran 6.31 inci. Kedua-dua skrin mempunyai panel LTPO yang menawarkan kadar segar semula boleh ubah (variable refresh rate) sehingga 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits dan sokongan Dolby Vision.

    Untuk spesifikasi, kedua-dua peranti dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400 yang dibuat dengan nod proses 3nm. Ia menampilkan teras Cortex-X925 dengan kelajuan tinggi sehingga 3.62GHz, manakala unit grafiknya terdiri daripada 12 teras untuk prestasi yang pantas.

    vivo X200 Pro
    vivo X200 Pro mini

    vivo X200 Pro dilengkapi bateri 6,000mAh manakala vivo X200 Pro mini dilengkapi bateri yang kecil sedikit iaitu 5,700mAh. Kedua-dua telefon menyokong kadar pengecasan pantas 90W dan pengecasan wayarles 30W.

    Walaupun dengan perbezaan saiz, kedua-dua peranti ini mempunyai spesifikasi kamera yang sama. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.57 dengan sensor Sony LYT-818 1/1.28 inci. Saiz sensor ini kecil sedikit berbanding sensor 1 inci dalam vivo X100 Pro, namun vivo mengatakan prestasi kamera baharu ini adalah lebih bagus daripada generasi sebelumnya.

    Selain itu, ia mempunyai kamera telefoto ZEISS APO 200MP yang menawarkan zum optikal sehingga 3.7x, kamera ultra-lebar 50MP f/2.0 dan kamera hadapan 32MP f/2.0. Semua kamera belakang mempunyai lensa ZEISS T*.

    Ia juga boleh mempunyai cip pengimejan V3+ yang membenarkan rakaman video 4K HDR Cinematic Portrait, rakaman kadar pantas 120fps pada resolusi 4K, rakaman 4K HDR DOlby Vision sehingga 60fps dan rakaman 4K 10-bit 60fps.

    Daripada segi rekaan, kedua-dua varian ini ditawarkan dalam pilihan warna yang berbeza. vivo X200 Pro ditawarkan dalam warna Sapphire Blue, Titanium Grey, Moonlight White dan Carbon Black, manakala vivo X200 Pro mini ditawarkan dalam Titanium Green, Light Pink, Plain White dan Simple Black.

    "
    "

    Satu ciri yang menarik untuk semua varian vivo X200 adalah kebolehan untuk menghantar mesej kecemasan sejauh 1 kilometer tanpa menggunakan rangkaian telekomunikasi. Teknologi ini berdasarkan hubungan wayarles Bluetooth dan menyokong penghantaran isyarat SOS melalui teks dan suara. Anda juga boleh kongsi lokasi melalui kaedah ini.

    Selain itu, semua siri vivo X200 didatangkan dengan OriginOS 5 yang menawarkan Origin Island mirip Dynamic Island dalam iPhone serta model AI yang boleh membantu dalam penulisan nota.

    Berikut adalah harga kedua-dua telefon untuk pasaran China:

    • vivo X200 Pro mini 12GB+256GB: CNY4,699 (~RM2,850)
    • vivo X200 Pro mini 16GB+512GB: CNY5,299 (~RM3,220)
    • vivo X200 Pro mini 16GB+1TB: CNY5,799 (~RM3,520)
    • vivo X200 Pro 12GB+256GB: CNY5,299 (~RM3,220)
    • vivo X200 Pro 16GB+512GB: CNY5,999 (~RM3,640)
    • vivo X200 Pro 16GB+1TB: CNY6,499 (~RM3,940)
    • vivo X200 Pro 16GB+1TB Satellite Edition: CNY6,799 (~RM4,130)

    vivo X200

    vivo X200 standard masih mempunyai cipset MediaTek Dimensity 9400 dan skrin OLED Quad Curved berukuran 6.67 inci dengan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits.

    vivo X200

    Satu perbezaan dengan varian lain adalah daripada segi kamera, di mana kamera utamanya menggunakan sensor 50MP Sony IMX921 1/1.56 inci, lebih kecil berbanding sensor LYT-818 dalam varian Pro. Lensanya mempunyai salutan ZEISS T* dengan apertur f/1.57″.

    Selain itu, ia mempunyai kamera telefoto 50MP dengan sensor IMX882 1/1.95″ dan lensa ZEISS T*, serta kamera ultra-lebar 50MP.

    Baterinya berkapasiti 5,800mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 90W dan tidak menyokong sebarang pengecasan wayarles.

    Untuk rekaan, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Sapphire Blue, Titanium Grey, Moonlight White dan Carbon Black. Ia juga mempunyai rating kalis air IP69.

    Spesifikasi vivo X200

    Berikut adalah harga telefon ini untuk pasaran China:

    • vivo X200 12GB+256GB: CNY4,300 (~RM2,610)
    • vivo X200 12GB+512GB: CNY4,700 (~RM2,850)
    • vivo X200 16GB+512GB: CNY5,000 (~RM3,030)
    • vivo X200 16GB+1TB: CNY5,500 (~RM3,340)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...