Site icon TechNave BM

Siri vivo X60 sah dilancar secara rasmi 29 Disember ini, optik kamera Zeiss dengan Exynos 1080

vivo bakal melancarkan siri telefon terakhir mereka tahun ini iaitu siri vivo X60 pada 29 Disember ini. Telefon ini bakal menjadi telefon pertama dunia yang dilengkapi cipset 5nm Samsung terbaru, Exynos 1080.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah peranti vivo pertama yang akan menggunakan perisian OriginOS, perisian baru vivo yang dibina di atas kernel Android. Siri vivo X60 dijangka akan hadir dengan tiga model berbeza, X60, X60 Pro dan X60 Pro+.

Siri telefon ini akan dilengkapi dengan tiga kamera pada bahagian belakang dengan tambahan lensa periskop untuk versi Pro. Pada siri kali ini, vivo bekerjasama dengan Zeiss untuk optik kameranya.

Berdasarkan sumber sebelum ini, siri telefon ini akan dijual bermula 3,500 Yuan (~RM2,167).

Nantikan berita lanjut mengenai siri vivo X60 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version