Minggu lalu, vivo Malaysia telah mengeluarkan poster pengacah mengenai pelancaran siri vivo X70 yang dijangka tidak lama lagi. Akhirnya, hari ini syarikat itu telah mengesahkan bahawa 22 September ini akan menjadi tarikh untuk pelancaran rasmi siri berkenaan secara dalam talian.
Kepada yang beminat, anda berpeluang menonton pelancaran tersebut secara langsung melalui laman akaun rasmi Facebook vivo Malaysia dan siaran YouTube vivo Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada pukul 7.30 malam 22 September ini.
Untuk pengetahuan, bahagian kamera siri vivo X70 mendapat sentuhan daripada syarikat pembuat lensa kamera yang terkenal iaitu ZEISS. Pastinya kami tidak sabar untuk melihatnya secara jelas telefon andalan tersebut dan ciri-ciri yang bakal diumumkan.
Tonton secara langsung acara pelancaran rasmi dalam talian siri vivo X70 untuk berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk telefon pintar siri X70 terbaru dan banyak lagi. Adakah anda tidak sabar untuk memiliki siri vivo X70 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

