More

    Siri vivo X70 akan dilancar secara dalam talian pada 22 September ini

    Minggu lalu, vivo Malaysia telah mengeluarkan poster pengacah mengenai pelancaran siri vivo X70 yang dijangka tidak lama lagi. Akhirnya, hari ini syarikat itu telah mengesahkan bahawa 22 September ini akan menjadi tarikh untuk pelancaran rasmi siri berkenaan secara dalam talian.

    Kepada yang beminat, anda berpeluang menonton pelancaran tersebut secara langsung melalui laman akaun rasmi Facebook vivo Malaysia dan siaran YouTube vivo Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada pukul 7.30 malam 22 September ini.

    Untuk pengetahuan, bahagian kamera siri vivo X70 mendapat sentuhan daripada syarikat pembuat lensa kamera yang terkenal iaitu ZEISS. Pastinya kami tidak sabar untuk melihatnya secara jelas telefon andalan tersebut dan ciri-ciri yang bakal diumumkan.

    Tonton secara langsung acara pelancaran rasmi dalam talian siri vivo X70 untuk berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk telefon pintar siri X70 terbaru dan banyak lagi. Adakah anda tidak sabar untuk memiliki siri vivo X70 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured