Site icon TechNave BM

Siri vivo X90 dilancar: Dimensity 9200, paparan OLED 6.78″ dan kamera 50MP bermula ~RM2,374

Seperti yang dijadualkan, vivo mengumumkan telefon pintar andalan siri vivo X90 di China hari ini yang terdiri daripada vivo X90, vivo X90 Pro dan vivo X90 Pro Plus. Sudah pasti, kesemua peranti ini membawa beberapa peningkatan berbanding model vivo X80.

Reka bentuk vivo X90 kelihatan sama dengan model Pro. Ia mempunyai modul kamera bulat yang besar di bahagian belakang dan paparan melengkung di hadapan. Terdapat juga jalur di belakang dengan teks ‘Xtreme Imagination’. 

Salah satu peranti mempunyai kemasan kulit berwarna merah di bahagian belakang manakala yang selebihnya mempunyai belakang kaca berwarna hitam dan biru. 

Telefon ini memaparkan paparan OLED melengkung 10-bit 6.78 inci, lubang tebuk berpusat dengan resolusi 2800 x 1260 piksel, 452 PPI dan kadar penyegaran semula 120Hz. Panel menyokong PWM dimming sehingga 2,160Hz dan DCI-P3 gamut warna 100%.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9200 bersama LPDDR5 RAM, storan UFS 4.0 dan cip ISP vivo V2. Ia mempunyai tri-kamera Zeiss di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama Sony IMX866 50MP dengan sokongan Penstabilan Imej Optik (OIS), ultra lebar 12MP dan telefoto 2x 12MP. Di hadapan pula menampilkan kamera swafoto 32MP.

Ciri lain termasuk perisian OriginOS3 berdasarkan Android 13, kalis IP64, motor getaran linear paksi-x, dwi-pembesar suara stereo dan port USB 2.0. Akhir sekali, telefon ini menggunakan bateri 4,810mAh dengan sokongan pengecasan berwayar pantas 120W.

Setiap varian membawa harga masing-masing seperti di bawah:

Berikut merupakan spesifikasi ringkas vivo X90:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version