More

    Siri vivo X80 dilancar: Dilengkapi SD 8 Gen 1, Dimensity 9000, 4 kamera Zeiss bermula ~RM3,650

    vivo telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk tahun ini iaitu vivo X80 yang terdiri daripada dua varian utama vivo X80 dan vivo X80 Pro. Kedua-duanya menampilkan spesifikasi tercanggih dalam rangkaian produk vivo serta spesifikasi kamera yang lengkap dengan cip pengimejan khas.

    vivo X80 Pro

    Di China, vivo X80 Pro ditawarkan dalam dua varian yang mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000. Ia turut mempunyai skrin AMOLED E5 LTPO2 dengan resolusi QuadHD+ dan kadar segar semula 1~120Hz. Skrin ini turut menempatkan pengimbas cap jari yang lebih besar sebanyak 38.7% berbanding vivo X70.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor ISOCELL GNV 1/1.3″, kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX598, kamera zum 2x 12MP dengan sensor Sony IMX663 1/2″ dan kamera telefoto 5x 8MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Ia menyokong fungsi autofokus laser, teknologi Pixel Shift dan penstabilan imej optikal (OIS).

    Seperti siri vivo X70 sebelum ini, lensanya mempunyai salutan Zeiss T* untuk menghasilkan efek fotografi unik. Selain itu, vivo X80 Pro mempunyai cip pengimejan (ISP) vivo V1+ untuk prestasi penggambaran waktu malap yang lebih baik.

    vivo X80 Pro mempunyai bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan pengecasan wayarles 80W. Fungsi lain termasuklah sistem penyejukan kamar wap 27 lapis, cip audio HiFi, pembesar suara stereo, medan NFC dan rating kalis air IP68. Sistem operasinya adalah OriginOS berdasarkan Android 12.

    vivo X80 Pro akan dijual di China pada harga:

    • 8GB+256GB: CNY5,499 (~RM3,650)
    • 12GB+256GB: CNY5,999 (~RM3,980)
    • 12GB+512GB: CNY6,699 (~RM4,450)

    Varian Snapdragon 8 Gen 1 boleh didapati dalam ketiga-tiga varian memori, manakala varian Dimensity 9000 hanya boleh didapati untuk varian RAM 12GB.

    vivo X80

    vivo X80 dilengkapi cipset Dimensity 9000 sahaja dan tidak ditawarkan dalam varian Snapdragon 8 Gen 1 seperti vivo X80 Pro. Ia turut mempunyai skrin E5 AMOLED berukuran 6.78 inci dengan kecerahan puncak 1,500 nits, gamut warna DCI-P3 100% dan kadar segar semula 120Hz.

    "
    "

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX866 RGBW 1/1.49″, kamera zum 2x 12MP dengan sensor Sony IMX663 1/2″ dan kamera ultra-lebar 12MP dengan sensor Sony IMX663, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Ia turut mempunyai OriginOS berdasarkan Android 12, namun tidak mempunyai rating kalis air.

    vivo X80 akan dijual di China pada harga:

    • 8GB+128GB: CNY3,699 (~RM2,455)
    • 8GB+256GB: CNY3,999 (~RM2,655)
    • 12GB+256GB: CNY4,399 (~RM2,920)
    • 12GB+512GB: CNY4,899 (~RM3,250)

    Untuk pasaran Malaysia, siri vivo X80 akan dilancar pada 8 Mei 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured