Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 11T dilancar di Malaysia: Pengecasan 120W, kamera 108MP, Snapdragon 888 bermula RM1,699

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu Xiaomi 11T yang terdiri daripada Xiaomi 11T 5G dan Xiaomi 11T Pro 5G. Kedua-duanya dilengkapi spesifikasi yang amat canggih, termasuk pengecasan yang jauh lebih pantas berbanding kebanyakan telefon lain.

Daya penarik Xiaomi 11T Pro adalah daripada segi pengecasan pantas, di mana ia dilengkapi teknologi 120W Xiaomi HyperCharge yang membolehkan telefon itu untuk mengecas bateri penuh dalam masa 17 minit sahaja. Ia turut dilengkapi spesifikasi andalan lain seperti skrin AMOLED 120Hz 6.67 inci dan kamera 108MP.

Untuk Xiaomi 11T pula, walaupun kadar pengecasannya tidak mencapai 120W, ia masih lagi pantas iaitu pada kadar 67W. Ia boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh di dalam telefon ini dalam masa 36 minit sahaja. Selain itu, ia turut berkongsi teknologi kamera 108MP dengan Xiaomi 11T Pro.

Siri Xiaomi 11T turut mengekalkan tradisi siri Xiaomi T di mana ia menawarkan spesifikasi andalan namun dijual dengan harga lebih murah berbanding majoriti telefon andalan oleh jenama-jenama lain.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 11T:

Xiaomi 11T Pro

Xiaomi 11T

Pra-tempahan akan dibuka di Lazada, Shopee atau Authorised Mi Stores pada 23 September 9:30 malam hingga 29 September 11:59 malam. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah premium, manakala jualan rasmi akan bermula pada 2 Oktober 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon Xiaomi 11T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version