More

    Siri Xiaomi 11T dilancar di Malaysia: Pengecasan 120W, kamera 108MP, Snapdragon 888 bermula RM1,699

    Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu Xiaomi 11T yang terdiri daripada Xiaomi 11T 5G dan Xiaomi 11T Pro 5G. Kedua-duanya dilengkapi spesifikasi yang amat canggih, termasuk pengecasan yang jauh lebih pantas berbanding kebanyakan telefon lain.

    Daya penarik Xiaomi 11T Pro adalah daripada segi pengecasan pantas, di mana ia dilengkapi teknologi 120W Xiaomi HyperCharge yang membolehkan telefon itu untuk mengecas bateri penuh dalam masa 17 minit sahaja. Ia turut dilengkapi spesifikasi andalan lain seperti skrin AMOLED 120Hz 6.67 inci dan kamera 108MP.

    Untuk Xiaomi 11T pula, walaupun kadar pengecasannya tidak mencapai 120W, ia masih lagi pantas iaitu pada kadar 67W. Ia boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh di dalam telefon ini dalam masa 36 minit sahaja. Selain itu, ia turut berkongsi teknologi kamera 108MP dengan Xiaomi 11T Pro.

    Siri Xiaomi 11T turut mengekalkan tradisi siri Xiaomi T di mana ia menawarkan spesifikasi andalan namun dijual dengan harga lebih murah berbanding majoriti telefon andalan oleh jenama-jenama lain.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 11T:

    Xiaomi 11T Pro

    • Qualcomm Snapdragon 888
    • Paparan skrin AMOLED DisplayMate A+ FHD+ 6.67 inci, segar semula skrin 120Hz, pensampelan sentuhan 144Hz, TrueColor, Dolby Vision and HDR10+, kecerahan puncak 1000 nits
    • Skrin Corning Gorilla Glass Victus
    • RAM LPDDR5 RAM 8GB atau 12GB
    • UFS Storage 3.1 256GB
    • Corning Gorilla Glass Victus
    • Kamera 108MP + ultra-lebar 8MP + tele-makro 5MP
    • Rakaman video sehingga 8K
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecas pantas 120W Xiaomi HyperCharge technology yang mampu mengecaj 100% hanya dalam masa 17 minit
    • Dwi-pembesar suara dengan teknologi Harman Kardon
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM2,099
      • 12GB+256GB: RM2,299

    Xiaomi 11T

    • MediaTek Dimensity 1200-Ultra
    • Paparan skrin AMOLED DisplayMate A+ FHD+ 6.67 inci 120Hz, HDR10+, segar semula skrin 120Hz, pensampelan sentuhan 480Hz
    • Kamera 108MP + ultra-lebar 8MP + tele-makro 5MP
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB atau 256GB
    • 5000mAh
    • Pengecasan pantas 67W yang mampu mengecaj 100% dalam hanya 36 minit
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio
    • Harga:
      • 8GB+128GB: RM1,699
      • 8GB+256GB: RM1,899

    Pra-tempahan akan dibuka di Lazada, Shopee atau Authorised Mi Stores pada 23 September 9:30 malam hingga 29 September 11:59 malam. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah premium, manakala jualan rasmi akan bermula pada 2 Oktober 2021.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon Xiaomi 11T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured