Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, 120W HyperCharge, 3 kamera 50MP bermula RM2,999

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan pertama untuk tahun 2022 iaitu Xiaomi 12 yang terdiri daripada Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Siri telefon pintar ini terkenal sebagai telefon pertama yang dilengkapi cipset tercanggih daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Snapdragon 8 Gen 1 adalah sebuah cipset yang dibina dengan nod proses 4nm dan menawarkan prestasi terpantas untuk telefon Android. Ia menawarkan prestasi lebih pantas berbanding Snapdragon 888 sebanyak 30% untuk penjanaan grafik, manakala kecekapan tenaga pula ditingkatkan sebanyak 25%.

Xiaomi 12 dilengkapi skrin berukuran 6.28 inci, manakala Xiaomi 12 Pro pula menampilkan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.73 inci. Resolusi Xiaomi 12 Pro juga lebih tinggi, iaitu WQHD+ (3200×1440).

Daripada segi kadar segar semula, kedua-dua varian mempunyai kadar 120Hz namun hanya Xiaomi 12 Pro mempunyai panel LTPO yang membenarkan kadarnya untuk direndahkan sehingga 1Hz bagi menjimatkan bateri.

Daripada segi kamera, Xiaomi 12 dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telemakro 5MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP.

Untuk Xiaomi 12 Pro pula, kameranya lebih beresolusi tinggi iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX707, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP.

Siri Xiaomi 12 juga dilengkapi pengecasan yang sangat pantas dan pengecasnya turut disertakan dalam kotak. Xiaomi 12 dilengkapi pengecasan pantas 67W, manakala Xiaomi 12 Pro dilengkapi 120W Xiaomi HyperCharge. Kedua-dua varian menyokong pengecasan wayarles 50MP dan pengecasan berbalik 10W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 12:

Xiaomi 12

Xiaomi 12 Pro

Xiaomi akan menyediakan kemas kini utama Android selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun. Selain itu, setiap pra-tempahan Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro akan disertakan bersama hadiah bernilai RM2,197 iaitu Xiaomi Soundbar 3.1 (bernilai RM1,499), waranti 1+1 tahun (RM499) dan waranti skrin selama 6 bulan (bernilai RM199).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version