fbpx
More

    Siri Xiaomi 12 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, 120W HyperCharge, 3 kamera 50MP bermula RM2,999

    Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan pertama untuk tahun 2022 iaitu Xiaomi 12 yang terdiri daripada Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Siri telefon pintar ini terkenal sebagai telefon pertama yang dilengkapi cipset tercanggih daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

    Snapdragon 8 Gen 1 adalah sebuah cipset yang dibina dengan nod proses 4nm dan menawarkan prestasi terpantas untuk telefon Android. Ia menawarkan prestasi lebih pantas berbanding Snapdragon 888 sebanyak 30% untuk penjanaan grafik, manakala kecekapan tenaga pula ditingkatkan sebanyak 25%.

    Xiaomi 12 dilengkapi skrin berukuran 6.28 inci, manakala Xiaomi 12 Pro pula menampilkan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.73 inci. Resolusi Xiaomi 12 Pro juga lebih tinggi, iaitu WQHD+ (3200×1440).

    Daripada segi kadar segar semula, kedua-dua varian mempunyai kadar 120Hz namun hanya Xiaomi 12 Pro mempunyai panel LTPO yang membenarkan kadarnya untuk direndahkan sehingga 1Hz bagi menjimatkan bateri.

    Daripada segi kamera, Xiaomi 12 dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telemakro 5MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP.

    Untuk Xiaomi 12 Pro pula, kameranya lebih beresolusi tinggi iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX707, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP.

    Siri Xiaomi 12 juga dilengkapi pengecasan yang sangat pantas dan pengecasnya turut disertakan dalam kotak. Xiaomi 12 dilengkapi pengecasan pantas 67W, manakala Xiaomi 12 Pro dilengkapi 120W Xiaomi HyperCharge. Kedua-dua varian menyokong pengecasan wayarles 50MP dan pengecasan berbalik 10W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 12:

    Xiaomi 12

    • Skrin AMOLED 6.28″ 120Hz FullHD+ (2400×1080) 20:9
    • Menyokong Dolby Vision, HDR 10+, kadar bacaan sentuh 480Hz
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 1 5G
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan dalaman UFS 3.1 256GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 50W, pengecasan berbalik 10W
    • Perisian MIUI 13 berdasarkan Android 12
    • Teknologi penyejukan LiquidCool dengan kamar wap 2,600mm²
    • Pembesar suara stereo Harman Kardon, menyokong Dolby Atmos
    • Warna kelabu, ungu dan biru
    • Harga: RM2,999

    Xiaomi 12 Pro

    • Skrin AMOLED E5 6.73″ WQHD+ (3200×1440) 20:9
    • Menyokong Dynamic 120Hz LTPO Dolby Vision, HDR 10+, kadar bacaan sentuh 480Hz
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 1 5G
    • RAM LPDDR5 12GB
    • Storan dalaman UFS 3.1 256GB
    • Kamera utama 50MP sensor Sony IMX707 + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 50MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,600mAh
    • Pengecasan pantas 120W Xiaomi HyperCharge, pengecasan wayarles 50W, pengecasan berbalik 10W
    • Perisian MIUI 13 berdasarkan Android 12
    • Teknologi penyejukan LiquidCool dengan kamar wap 2,900mm²
    • Pembesar suara quad Harman Kardon, menyokong Dolby Atmos
    • Warna kelabu, ungu dan biru
    • Harga: RM3,899

    Xiaomi akan menyediakan kemas kini utama Android selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun. Selain itu, setiap pra-tempahan Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro akan disertakan bersama hadiah bernilai RM2,197 iaitu Xiaomi Soundbar 3.1 (bernilai RM1,499), waranti 1+1 tahun (RM499) dan waranti skrin selama 6 bulan (bernilai RM199).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X