Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12 dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1 bakal dilancar

Cipset Snapdragon 8 Gen 1 yang diperkenalkan pada Sidang Kemuncak Teknologi Snapdragon Qualcomm akan digunakan pada beberapa peranti Android kelas andalan tahun depan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, mengesahkan bahawa realme GT 2 Pro akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Beliau tidak mendedahkan apa-apa tentang Xiaomi 12 tetapi berkata bahawa siri Xiaomi 12 akan menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Beliau juga tidak mendedahkan tarikh pelancaran siri Xiaomi 12 tetapi khabar angin mengatakan bahawa telefon pintar itu akan diumumkan pada 12 Disember.

Sementara itu, kami masih belum mendapat sebarang pengesahan mengenainya. Namun, Twitter rasmi syarikat itu menyiarkan klip video pendek yang mengatakan pengeluaran besar-besaran Xiaomi 12 telah bermula dan ia akan tiba tidak lama lagi.

Walaupun beliau mengatakan bahawa siri Xiaomi 12 bakal menjadi telefon pertama di dunia yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1, tetapi itu tidak mungkin berlaku kerana Motorola telah pun mengumumkan acara 9 Disember ini untuk memperkenalkan Motorola Moto Edge X30 yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1.

Melainkan mereka sudah bersedia untuk memperkenalkan Xiaomi 12 sebelum Khamis depan. OnePlus, OPPO dan iQOO juga telah mengesahkan untuk melancarkan telefon pintar dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1. nubia berkata ia akan menggunakan cipset tersebut pada siri Znya manakala ZTE mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri Axon dengan Snapdragon 8 Gen 1 tahun depan.

Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version