Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12 mungkin akan dilancar pada 12 Disember 2021 dengan 2 varian

Siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 adalah antara telefon yang paling dinanti pada hujung tahun ini dan ia mungkin akan dilancar pada hari Ahad, 12 Disember 2021 di China. Xiaomi dikhabarkan memilih tarikh itu bagi mengambil kesempatan sewaktu kempen jualan 12.12 yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Selain itu, ia dijangka akan dilancar dalam dua varian utama iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12X. Xiaomi 12 dijangka akan menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen1, manakala Xiaomi 12X pula dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 870.

Xiaomi 12X juga dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.28 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 33W dan kamera utama 50MP. Untuk Xiaomi 12 pula, ia mungkin dilengkapi pengecasan pantas 100W dan kamera yang dibina bersama Leica.

Memandangkan Xiaomi 11 telah dilancar pada Disember 2020 dan merupakan telefon pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 888, kita boleh jangkakan Xiaomi 12 untuk dilengkapi ciri-ciri andalan terbaru untuk tahun ini.

Qualcomm telah pun mengesahkan bahawa cipset andalan seterusnya, Snapdragon 8 Gen1, bakal dilancar pada 30 November. Mereka tidak lagi menggunakan jenama “Snapdragon 800” untuk cipset telefon andalan bermula tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version