Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 13 bakal dilancarkan secara global pada 26 Februari ini

Xiaomi mengumumkan bahawa acara pelancaran Xiaomi 13 Series Global Launch akan diadakan pada 26 Februari 2023 di laman rasmi Xiaomi, Facebook dan YouTube. Sebelum ini, siri Xiaomi 13 dilancarkan di China yang dibarisi Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro.

Spesifikasi yang ditawarkan termasuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM 8GB/12GB dan storan 128GB/256GB/512GB bermula 3999 CNY (~RM2,534). Spesifikasi utama lain termasuk kamera utama 50MP, ultra lebar 12MP, telefoto 10MP untuk Xiaomi 13.

Xiaomi 13 Pro pula menawarkan sensor kamera utama Sony IMX989 1-inci 50MP, ultra lebar 50MP serta telefoto 50MP. 13 Pro menggunakan paparan LTPO OLED 6.73 inci manakala 13 menggunakan paparan OLED 120Hz 6.36 inci.

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro, anda boleh klik di sini. Tiada tarikh dan harga didedahkan untuk pelancarannya di Malaysia tetapi kebiasannya ia akan diumumkan tidak lama selepas pelancaran global. Adakah anda berminat dengan peranti ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version