More

    Siri Xiaomi 13 dilancar: Snapdragon 8 Gen 2, tri-kamera Leica 50MP, cas pantas 120W bermula ~RM2,540

    Selepas penangguhan selama seminggu, Xiaomi akhirnya telah melancarkan siri telefon pintar andalan Xiaomi 13 di China yang terdiri daripada Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Ini merupakan antara telefon pintar terawal yang dilengkapi cipset tercanggih oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.

    Xiaomi 13 Pro

    Pertama sekali, Xiaomi 13 Pro menampilkan skrin LTPO OLED 120Hz berukuran 6.73 inci dengan resolusi 1440×3200 yang menyokong kandungan HDR10+, Dolby Vision, HLG, 1,920Hz DC dimming dan kecerahan puncak sehingga 1,900 nits.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM LPDDRX5 yang berkapasiti sehingga 12GB, storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB dan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Baterinya berkapasiti 4,820mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 10W.

    Siri telefon ini dilengkapi kamera yang dibina bersama syarikat fotografi terkenal Leica. Untuk Xiaomi 13 Pro, ia dilengkapi tiga kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX989 berukuran 1 inci dan penstabilan Hyper OIS, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP dengan jarak fokus 10cm. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 32MP dalam lubang tebuk.

    Ciri-ciri lain yang menarik termasuklah pembesar suara stereo Dolby Atmos dengan penjejakan kepala (head tracking), pemancar inframerah, rating kalis air dan debu IP68 dan pilihan warna putih, hitam, hijau dan biru muda. Berikut adalah harga Xiaomi 13 Pro di China:

    • 8GB+128GB: CNY4,999 (~RM3,170)
    • 12GB+512GB: CNY6,299 (~RM4,000)

    Xiaomi 13

    Sementara itu, Xiaomi 13 pula menampilkan spesifikasi keseluruhan yang lebih rendah namun masih dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2. Ia mempunyai skrin OLED berukuran 6.36 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080×2400. Seperti Xiaomi 13 Pro, skrin ini juga menyokong kandungan HDR10+, Dolby Vision, HLG serta kecerahan puncak sehingga 1,900 nits.

    Spesifikasi memori yang ditawarkan masih sama dengan Xiaomi 13 Pro, namun baterinya lebih kecil iaitu 4,500mAh manakala pengecasannya juga lebih rendah iaitu pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 10W.

    Kamera Xiaomi 13 terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP dalam lubang tebuk.

    "
    "

    Ciri-ciri lain termasuklah pembesar suara stereo Dolby Atmos dengan penjejakan kepala (head tracking), pemancar inframerah, rating kalis air dan debu IP68 dan pilihan warna hitam, hijau muda, biru muda, kelabu, putih, merah, kuning, hijau dan biru.

    Berikut adalah senarai harga untuk Xiaomi 13 di China:

    • 8GB+128GB: CNY3,999 (~RM2,540)
    • 8GB+256GB: CNY4,299 (~RM2,730)
    • 12GB+256GB: CNY4,599 (~RM2,920)
    • 12GB+512GB: CNY4,999 (~RM3,170)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured