Site icon TechNave BM

Skim perlindungan takaful percuma mySalam, ketahui apakah ia dan cara mendaftar

Jika anda masih tidak tahu, kerajaan telah mewujudkan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia. Inisiatif mySalam yang diwujudkan sebagai skim perlindungan takaful percuma telah mempunyai laman web rasmi dan telah dilancarkan pada tahun lepas. Namun, masih ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan skim perlindungan percuma ini.

Rakyat Malaysia yang layak menerima skim mySalam ini bagaimanapun terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kategori bukan BSH. Anda boleh melihat syaratnya pada gambar di bawah atau klik di sini untuk maklumat lanjut. Pendaftaran pula hanya dihujung jari anda. Klik ke pautan pendaftaran ini. Mudah bukan?

Sebagai maklumat tambahan, untuk penerima BSH, pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (rujuk gambar di bawah) dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari. Bagi bukan penerima BSH, pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Halaman pendaftaran

Sumber turut menyatakan bahawa anda akan dimaklumkan melalui SMS jika anda layak untuk skim mySalam, tetapi jika anda tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938. Apa pun, untuk golongan berumur 40 tahun ke atas, anda boleh melihat perlindungan Peka B40.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi mySalam. Sudahkan anda memohon? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

Sumber: TechNave 中文版 | mySalam

Exit mobile version