More

    Skim perlindungan takaful percuma mySalam, ketahui apakah ia dan cara mendaftar

    Jika anda masih tidak tahu, kerajaan telah mewujudkan satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia. Inisiatif mySalam yang diwujudkan sebagai skim perlindungan takaful percuma telah mempunyai laman web rasmi dan telah dilancarkan pada tahun lepas. Namun, masih ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan skim perlindungan percuma ini.

    Rakyat Malaysia yang layak menerima skim mySalam ini bagaimanapun terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kategori bukan BSH. Anda boleh melihat syaratnya pada gambar di bawah atau klik di sini untuk maklumat lanjut. Pendaftaran pula hanya dihujung jari anda. Klik ke pautan pendaftaran ini. Mudah bukan?

    Sebagai maklumat tambahan, untuk penerima BSH, pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (rujuk gambar di bawah) dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari. Bagi bukan penerima BSH, pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

    Halaman pendaftaran

    Sumber turut menyatakan bahawa anda akan dimaklumkan melalui SMS jika anda layak untuk skim mySalam, tetapi jika anda tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel mereka di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938. Apa pun, untuk golongan berumur 40 tahun ke atas, anda boleh melihat perlindungan Peka B40.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi mySalam. Sudahkan anda memohon? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

    Sumber: TechNave 中文版 | mySalam

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured