Site icon TechNave BM

SKMM dan polis siasat Sugarbook, “sugar baby”, “sugar daddy” boleh dikenakan tindakan

Baru-baru ini, Sugarbook telah memaklumkan bahawa pengguna akaun di aplikasi mereka kebanyakannya terdiri daripada pelajar. Berikutan hal ini, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat aplikasi Sugarbook.

Menurut kenyataan dari SKMM, siasatan ini bertujuan untuk melihat jika aplikasi ini membuka ruang kepada pelbagai kes jenayah siber termasuklah aktiviti tidak bermoral. Selain itu, risiko penipuan percintaan (love scam), perisian hasad, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual juga boleh berlaku kepada pengguna.

SKMM bersama PDRM akan terus menyiasat aplikasi Sugarbook dan pengguna atau pemilik aplikasi akan dikenakan tindakan jika didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang termasuklah pelacuran. SKMM menasihati orang awam khususnya ibu bapa untuk mengawasi anak jagaan anda mengenai tingkah laku dalam talian.

Terdahulu, tinjauan dari aplikasi dating lain menemui Malaysia sebagai negara ketiga di Asia paling ramai sugar daddy. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version