Site icon TechNave BM

SKMM: Tiada lagi panggilan “Private Number”, tetapi paparkan nombor sebenar selepas 30 Jun 2023

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tiada lagi panggilan daripada “private number tetapi akan memaparkan nombor sebenar. Perkhidmatan sedemikian akan perlu dihentikan segera atau selewat-lewatnya 30 Jun 2023.

SKMM memberi peringatan sekali lagi kepada semua pemberi perkhidmatan akan pematuhan subseksyen 3.8.1.12 Rancangan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP) dalam memastikan semua panggilan dan penghantaran sistem pesanan ringkas memaparkan maklumat nombor yang sebenar.

Perkhidmatan CLIR (Calling Line Identification Restriction) atau “private number” yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan sebagai perkhidmatan nilai tambah (value added service) ini bercanggah dengan peruntukan sedia ada didalam NEAP yang dikeluarkan berdasarkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Mana-mana pihak yang melanggar peruntuk NEAP boleh disabit dan dikenakan hukuman diperuntukkan di bawah AKM 1998. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version