More

    SKMM: Tiada lagi panggilan “Private Number”, tetapi paparkan nombor sebenar selepas 30 Jun 2023

    Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tiada lagi panggilan daripada “private number“ tetapi akan memaparkan nombor sebenar. Perkhidmatan sedemikian akan perlu dihentikan segera atau selewat-lewatnya 30 Jun 2023.

    SKMM memberi peringatan sekali lagi kepada semua pemberi perkhidmatan akan pematuhan subseksyen 3.8.1.12 Rancangan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP) dalam memastikan semua panggilan dan penghantaran sistem pesanan ringkas memaparkan maklumat nombor yang sebenar.

    Perkhidmatan CLIR (Calling Line Identification Restriction) atau “private number” yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan sebagai perkhidmatan nilai tambah (value added service) ini bercanggah dengan peruntukan sedia ada didalam NEAP yang dikeluarkan berdasarkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

    Mana-mana pihak yang melanggar peruntuk NEAP boleh disabit dan dikenakan hukuman diperuntukkan di bawah AKM 1998. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...