Site icon TechNave BM

SKMM tutup sementara talian khidmat pelanggan dan semua kaunter aduan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini dilapor menutup sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini sehingga notis selanjutnya.

Menurut sumber, penutupan sementara atau penggantungan ini termasuklah talian khidmat pelanggan 1800 188 030 dan semua kaunter aduan di pejabat SKMM. Penggantungan sementara ini adalah berikutan untuk langkah keselamatan penularan COVID-19.

Pengguna dan rakyat yang ingin membuat aduan masih boleh berbuat demikian secara dalam talian di laman rasmi SKMM atau melalui e-mel (aduanskmm@mcmc.gov.my). Anda juga boleh membuat aduan melalui WhatsApp bermula dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) di nombor +6016 2206262.

Terdahulu, SKMM turut mengumumkan garis panduan pembelian dan penggunaan alat CBR atau Booster untuk meningkatkan liputan internet.

Langkah penggantungan sementara talian khidmat pelanggan dan penutupan sementara kaunter adalah untuk mengutamakan keselamatan pihak awam, serta pekerja. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version