More

    SKMM tutup sementara talian khidmat pelanggan dan semua kaunter aduan

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini dilapor menutup sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini sehingga notis selanjutnya.

    Menurut sumber, penutupan sementara atau penggantungan ini termasuklah talian khidmat pelanggan 1800 188 030 dan semua kaunter aduan di pejabat SKMM. Penggantungan sementara ini adalah berikutan untuk langkah keselamatan penularan COVID-19.

    Pengguna dan rakyat yang ingin membuat aduan masih boleh berbuat demikian secara dalam talian di laman rasmi SKMM atau melalui e-mel ([email protected]). Anda juga boleh membuat aduan melalui WhatsApp bermula dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) di nombor +6016 2206262.

    Terdahulu, SKMM turut mengumumkan garis panduan pembelian dan penggunaan alat CBR atau Booster untuk meningkatkan liputan internet.

    Langkah penggantungan sementara talian khidmat pelanggan dan penutupan sementara kaunter adalah untuk mengutamakan keselamatan pihak awam, serta pekerja. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured