Qualcomm hari ini memperkenalkan cip mudah alih terbaharu dengan Snapdragon 7 Gen 4 yang menjanjikan pengalaman multimedia dan AI bertaraf premium kepada lebih ramai pengguna. Cip ini membawa peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya termasuk CPU 27% lebih pantas, grafik GPU 30% lebih laju dan prestasi AI yang meningkat sehingga 65%.
Snapdragon 7 Gen 4 juga menyokong penggunaan AI generatif seperti pembantu maya dan model bahasa besar (LLM) serta teknologi penjanaan imej stable diffusion terus dari peranti tanpa memerlukan sambungan internet.
Untuk hiburan, ia hadir dengan audio-visual yang mengagumkan dengan teknologi Snapdragon Sound™ dan buat kali pertama dalam siri ini, ia menyokong XPAN (Expanded Personal Area Network) yang mana sebelum ini hanya tersedia dalam cip andalan Snapdragon 8.
Pengeluar telefon pintar terkemuka seperti HONOR dan vivo telah mengesahkan akan menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 dalam model baharu mereka yang dijangka diumumkan dalam bulan ini. Dengan gabungan prestasi, keupayaan AI dan teknologi multimedia, Snapdragon 7 Gen 4 dijangka menjadi pilihan utama untuk pengguna yang mahukan kuasa flagship pada harga lebih berpatutan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Qualcomm

