Bagi mereka yang sedang mencari produk Starlink terbaharu, SNS Network kini menawarkan promosi menarik untuk Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit di semua cawangannya.
Starlink Standard Kit V4 adalah penyelesaian internet satelit serba lengkap yang direka khas untuk kegunaan kediaman dan perniagaan kecil. Ia hadir dengan reka bentuk mudah alih dan sentiasa memastikan sambungan internet berkelajuan tinggi tanpa gangguan serta stabil. Kit ini dilengkapi dengan piring Starlink, penghala WiFi, bekalan kuasa, kabel dan tripod pemasangan.
Bagi mereka yang memerlukan kapasiti jalur lebar yang lebih tinggi, Starlink Flat High-Performance Kit adalah pilihan terbaik. Ia direka untuk kegunaan operasi perniagaan, tapak industri dan persekitaran dengan penggunaan data tinggi serta lokasi kerja terpencil yang mencabar. Set ini disertakan dengan piring Starlink, bekalan kuasa, kabel dan tripod pemasangan.
- Starlink Standard Kit V4 kini ditawarkan pada harga RM1,280 (harga asal: RM1,600), merangkumi perkakasan sahaja.
- Starlink Flat High-Performance Kit pula berharga RM6,600 (harga asal: RM11,613), juga untuk perkakasan sahaja.
- Pelanggan perlu melanggan pelan internet secara berasingan seperti biasa.
Promosi ini sah sehingga 28 Februari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan langganan dan pembelian, pengguna boleh melayari laman Starlink Service Plans atau mengunjungi rakan niaga yang menjual produk ini seperti GLOO Online dan iTworld Online.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

