More

    SNS Network tawarkan promosi Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit

    Bagi mereka yang sedang mencari produk Starlink terbaharu, SNS Network kini menawarkan promosi menarik untuk Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit di semua cawangannya.

    Starlink Standard Kit V4 adalah penyelesaian internet satelit serba lengkap yang direka khas untuk kegunaan kediaman dan perniagaan kecil. Ia hadir dengan reka bentuk mudah alih dan sentiasa memastikan sambungan internet berkelajuan tinggi tanpa gangguan serta stabil. Kit ini dilengkapi dengan piring Starlink, penghala WiFi, bekalan kuasa, kabel dan tripod pemasangan.

    Bagi mereka yang memerlukan kapasiti jalur lebar yang lebih tinggi, Starlink Flat High-Performance Kit adalah pilihan terbaik. Ia direka untuk kegunaan operasi perniagaan, tapak industri dan persekitaran dengan penggunaan data tinggi serta lokasi kerja terpencil yang mencabar. Set ini disertakan dengan piring Starlink, bekalan kuasa, kabel dan tripod pemasangan.

    • Starlink Standard Kit V4 kini ditawarkan pada harga RM1,280 (harga asal: RM1,600), merangkumi perkakasan sahaja.
    • Starlink Flat High-Performance Kit pula berharga RM6,600 (harga asal: RM11,613), juga untuk perkakasan sahaja.
    • Pelanggan perlu melanggan pelan internet secara berasingan seperti biasa.

    Promosi ini sah sehingga 28 Februari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan langganan dan pembelian, pengguna boleh melayari laman Starlink Service Plans atau mengunjungi rakan niaga yang menjual produk ini seperti GLOO Online dan iTworld Online.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured