Site icon TechNave BM

Sony Malaysia lancarkan warna baru untuk kamera ‘vlogging’ Sony ZV-1

Kamera digital Sony ZV-1 kini boleh dibeli dalam warna putih, di samping warna hitam yang diperkenalkan sebelum ini. Sony Malaysia mengatakan putih adalah warna yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan pengguna ZV-1 untuk dipadankan dengan personaliti mereka.

Sony ZV-1 merupakan sebuah kamera digital yang dikhaskan untuk penciptaan video-video internet dan vlog. Antara ciri utamanya adalah skrin LCD yang boleh diputar 180° untuk memudahkan rakaman swafoto. Ia juga boleh mengambil gambar dan video dengan sangat cantik, manakala rekaannya yang kecil dan ringan pula memudahkan operasi dengan satu tangan sahaja.

Jika anda adalah pencipta video yang serius, Sony ZV-1 adalah kamera yang kami syorkan untuk anda. Anda boleh baca ulasan penuh kami untuk melihat bagaimana kamera ini mengambil gambar dan video yang cantik dengan mudah.

Sony ZV-1 berwarna putih boleh dibeli bermula hari ini dengan harga RM3,399. Jika anda membelinya sebelum 30 November, anda akan mendapatkan kad memori 64GB dan pemegang gelang tangan Peak Design secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Sony ZV-1 berwarna putih dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version