Site icon TechNave BM

Sony mungkin akan umumkan PlayStation 5 pada minggu hadapan

Menurut Bloomberg, Sony mungkin akan menganjurkan sebuah acara dalam internet untuk mengumumkan PlayStation 5 (PS5) pada Rabu, 3 Jun. Walau bagaimanapun, ia hanyalah tarikh yang diberikan oleh sumber dalaman dan bukannya tarikh rasmi daripada Sony.

Acara pada 3 Jun itu mungkin adalah acara pertama dalam pelbagai majlis berkenaan PS5, seperti acara Xbox 20/20 untuk Xbox Series X. Jadi Sony mungkin tidak akan persembahkan butiran penuh tentang konsol tersebut pada hari itu.

Setakat ini, Sony sekadar telah memperkenalkan controller baru untuk PS5 dan persembahan teknikal tentang prestasi perkakasan PS5 oleh Mark Cerny. Rupa fizikal konsol tersebut masih belum diketahui, tidak seperti Xbox yang sudah pun menunjukkan rupa Xbox Series X.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memiliki PS5 pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version