Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 II diumumkan di Malaysia: Peranti berciri fotografi mantap, Snapdragon 865, OLED 4K

Pada Februari lalu, Sony telah melancarkan Sony Xperia 1 II, sebuah peranti flagship berfokuskan ciri fotografi yang mantap. Sony Xperia 1 II kini diumumkan secara rasmi di Malaysia, menandakan bahawa ia bakal mula dijual di pasaran pada November ini.

Sepintas lalu, peranti ini dioperasikan cipset Snapdragon 865, mempunyai paparan OLED 4K HDR 6.5 inci 90Hz dengan nisbah 21:9 dan teknologi pengurangan kabur daripada pergerakan (motion blur), bateri 4000mAh, sokongan cas pantas dan bicu audio 3.5mm.

Bagi aspek kamera, ia dilengkapi 16mm + 70mm + 24mm dengan sensor 12MP dan sensor kedalaman 3D iToF (Time of Flight). Ia juga membawa ciri-ciri daripada siri kamera Sony Alpha seperti tangkapan 20 gambar sesaatjejakan autofokus bersambungan (continuous AF) dan jejakan autofokus mata (eye-tracking AF). Untuk rakaman video pula, ia dilengkapi teknologi pengurangan bunyi bising.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkannya di Sony Store KLCC dan The Curve, Sony Store dalam talian atau Sony Flagship Store di Lazada bermula November 2020. Menurut Sony, harga rasminya bakal diumumkan kelak.

Baca berita lepas mengenai Sony Xperia 1 II dan harga jangkaannya di pasaran negara lain!

Adakah anda berminat dengan Sony Xperia 1 II? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version