More

    Sony Xperia 1 II diumumkan di Malaysia: Peranti berciri fotografi mantap, Snapdragon 865, OLED 4K

    Pada Februari lalu, Sony telah melancarkan Sony Xperia 1 II, sebuah peranti flagship berfokuskan ciri fotografi yang mantap. Sony Xperia 1 II kini diumumkan secara rasmi di Malaysia, menandakan bahawa ia bakal mula dijual di pasaran pada November ini.

    Sepintas lalu, peranti ini dioperasikan cipset Snapdragon 865, mempunyai paparan OLED 4K HDR 6.5 inci 90Hz dengan nisbah 21:9 dan teknologi pengurangan kabur daripada pergerakan (motion blur), bateri 4000mAh, sokongan cas pantas dan bicu audio 3.5mm.

    Bagi aspek kamera, ia dilengkapi 16mm + 70mm + 24mm dengan sensor 12MP dan sensor kedalaman 3D iToF (Time of Flight). Ia juga membawa ciri-ciri daripada siri kamera Sony Alpha seperti tangkapan 20 gambar sesaat, jejakan autofokus bersambungan (continuous AF) dan jejakan autofokus mata (eye-tracking AF). Untuk rakaman video pula, ia dilengkapi teknologi pengurangan bunyi bising.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkannya di Sony Store KLCC dan The Curve, Sony Store dalam talian atau Sony Flagship Store di Lazada bermula November 2020. Menurut Sony, harga rasminya bakal diumumkan kelak.

    Baca berita lepas mengenai Sony Xperia 1 II dan harga jangkaannya di pasaran negara lain!

    Adakah anda berminat dengan Sony Xperia 1 II? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...