Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 III dinobatkan sebagai kamera telefon pintar terbaik pada 2021

Pertubuhan antarabangsa Expert Imaging and Sound Association (EISA) Awards telah menganugerahkan kamera-kamera terbaik yang dilancar sepanjang 2021 termasuklah untuk kamera yang dilengkapkan dalam telefon pintar.

Untuk anugerah Kamera Telefon Terbaik, EISA memberikannya kepada Sony Xperia 1 III yang telah diperkenalkan pada April lalu. Kamera dalam telefon tersebut menawarkan pelbagai fungsi yang hanya terdapat dalam kamera Sony Alpha dan membuatkannya sangat digemari oleh golongan profesional.

Antara fungsi fotografi yang menarik dalam Xperia 1 III termasuklah penjejakan masa nyata (real-time tracking), lensa telefoto boleh ubah (variable) dengan sensor Dual Phase Detect untuk jarak fokal sejauh 105mm dan mod profesional untuk antara muka (UI) seperti kamera sebenar.

Sony turut meraih beberapa anugerah untuk kategori lain seperti Kamera Terbaik untuk Sony Alpha 1, Kamera Gambar dan Video Terbaik untuk Sony Alpha 7S III, Lensa Terbaik untuk Sony FE 50mm F1.2 GM, Lensa Ultra-lebar Terbaik untuk Sony FE 14mm F1.8 GM dan Lensa Ultra-lebar Zum terbaik untuk Sony FE 12-24mm F2.8 GM.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Sony Xperia 1 III dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version