More

    Sony Xperia 1 III dilancar: Telefon pintar dengan fungsi kamera profesional & skrin OLED 4K 120Hz

    Sony hari ini telah mengumumkan telefon pintar andalan terbaru iaitu Xperia 1 III yang dilengkapi pelbagai fungsi fotografi menarik dan merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi skrin 4K HDR OLED berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah aspek 21:9.

    Antara ciri utama telefon ini adalah daya fotografinya yang terdiri daripada kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 12MP yang boleh berubah jarak fokal di antara 70mm dan 105mm serta sensor 3D time-of-flight (ToF). Sony juga telah memperkenalkan fungsi Real Time Tracking dan Real-Time Eye- Autofocus yang diambil daripada kamera Sony Alpha untuk menjejak subjek dengan lebih mudah menggunakan 247 titik autofokus yang merangkumi 70% daripada skrin telefon.

    Seperti telefon Xperia sebelum ini, Xperia 1 III akan dilengkapi butang shutter khas untuk fotografi. Selain itu, terdapat juga mod Photography Pro yang menyediakan kawalan mirip kamera sebenar supaya pengguna boleh melaraskan pelbagai tetapan dalam kamera Xperia 1 III, termasuklah kadar penggambaran 20 gambar sesaat. Kawalan video manual juga terdapat dalam aplikasi Cinema Pro, di mana pengguna boleh memilih di antara lapan profil warna dan rakaman gerak perlahan sehingga 120fps dalam resolusi 4K.

    Untuk mereka yang mengutamakan kualiti audio pula, telefon ini mempunyai dwi-pembesar suara Dolby Atmos pertama dalam dunia yang dilengkapi teknologi 360 Reality Audio untuk pengalaman bunyi persekitaran dan 360 Spatial Sound untuk audio stereo dua saluran (dual channel stereo).

    Xperia 1 III juga akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 5G, storan 256GB, bateri 4,500mAh, badan yang dibuat dengan Gorilla Glass Victus dan rating kalis air IP65-68. Telefon ini akan dijual bersama pengecas di dalam kotak yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.

    Selain telefon andalan ini, Sony turut melancarkan telefon kelas pertengahan Xperia 5 III dan Xperia 10 III yang dilengkapi kebanyakan fungsi dalam Xperia 1 III namun dijual pada harga yang lebih murah. Ketiga-tiga telefon ini mampu menyokong rangkaian 5G.

    Sony Malaysia mengatakan telefon Xperia 1 III akan mula dijual bermula bulan Julai manakala Xperia 5 III pula bermula bulan September. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Xperia baru pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...