Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 IV Gaming Edition dilancar: Aksesori “gaming” baru untuk telefon bermula ~RM5,480

Sony telah melancarkan pakej baharu untuk telefon pintar andalannya iaitu Sony Xperia 1 IV Gaming Edition. Telefon ini sebenarnya masih mempunyai spesifikasi dan rekaan sama dengan Xperia 1 IV, namun ia menawarkan aksesori baharu yang dikhaskan untuk bermain game.

Aksesori ini bernama Xperia Stream dan ia menawarkan sistem penyejukan bagi mengawal suhu dalaman telefon sewaktu bermain game dalam tempoh yang lama. Ia mempunyai kipas dalaman dengan kelajuan yang boleh dikawal melalui aplikasi Game Enhancer.

Xperia Stream tidak mempunyai baterinya sendiri, jadi ia perlu bergantung kepada telefon yang dihubungkan kepadanya untuk sumber tenaga. Sungguh pun begitu, ia masih mempunyai port USB-C jika pengguna ingin menggunakan pengecas luaran.

Aksesori ini turut mempunyai port HDMI, ethernet dan bicu audio 3.5mm. Malangnya, ia tidak mempunyai sebarang butang yang boleh digunakan sewaktu bermain game.

Perlu diingati bahawa Xperia Stream hanya boleh digunakan bersama Xperia 1 IV sahaja. Pakej ini dijual di Jepun dengan harga JPY175,000 (~RM5,480). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun Xperia 1 IV telah pun dijual di sini dengan harga bermula RM6,099.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version