Site icon TechNave BM

Sony Xperia 5 II dilancar: Snapdragon 865, skrin OLED 120Hz, 4K HDR 120fps

Baru-baru ini, Sony Malaysia telah mengumumkan keberadaan Sony Xperia 1 II di pasaran Malaysia. Sony kini melancarkan Sony Xperia 5 II dengan penawaran spefikasi cipset, skrin dan kamera yang menarik.

Sony Xperia 5 II bukan sahaja hadir dengan cipset berprestasi dari Qualcomm, tetapi juga bakal memberi pengalaman fotografi yang baik dengan lensa anti-refleksi ZEISS T* 12MP f/1.7 24mm (sokongan penstabilan OIS) + 12MP f/2.4 70mm + 12MP f/2.2 16mm (sokongan autofokus Dual Pixel). Lebih menarik, peranti ini mampu menangkap 20 gambar sesaat menggunakan kesinambungan AE/AF.

Anda boleh menyemak spesifikasi asas lain seperti di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

Selain spesifikasi yang mantap seperti yang dinyatakan di atas, Sony turut mengumumkan dua aksesori untuk peranti ini; Stand Cover dan Style Cover sebagai tongkat untuk mendirikan peranti ini. Sony Xperia 5 II turut menyokong controller DualShock 4 untuk anda menikmati game di telefon pintar.

Sony Xperia 5 II boleh didapati dalam warna Hitam, Kelabu, Biru dan Merah Jambu. Setakat ini, harganya masih belum diumumkan oleh Sony.

Kami akan memaklumkan sekiranya Sony sudah mengumumkan harganya di mana-mana pasaran. Apakah jangkaan anda terhadap Sony Xperia 5 II? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version