More

    Sony Xperia 5 II dilancar: Snapdragon 865, skrin OLED 120Hz, 4K HDR 120fps

    Baru-baru ini, Sony Malaysia telah mengumumkan keberadaan Sony Xperia 1 II di pasaran Malaysia. Sony kini melancarkan Sony Xperia 5 II dengan penawaran spefikasi cipset, skrin dan kamera yang menarik.

    Sony Xperia 5 II bukan sahaja hadir dengan cipset berprestasi dari Qualcomm, tetapi juga bakal memberi pengalaman fotografi yang baik dengan lensa anti-refleksi ZEISS T* 12MP f/1.7 24mm (sokongan penstabilan OIS) + 12MP f/2.4 70mm + 12MP f/2.2 16mm (sokongan autofokus Dual Pixel). Lebih menarik, peranti ini mampu menangkap 20 gambar sesaat menggunakan kesinambungan AE/AF.

    Anda boleh menyemak spesifikasi asas lain seperti di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM 8GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan 6.1 inci OLED 120Hz + kadar bacaan sentuh 240Hz
    • Sokongan JPG + RAW
    • Sokongan HDR video slow-mo 4K/120fps
    • Tiga kamera utama 12MP f/1.7 24mm (sokongan penstabilan OIS) + 12MP f/2.4 70mm + 12MP f/2.2 16mm (sokongan autofokus Dual Pixel)
    • Bateri 4000mAh
    • Sokongan pengecasan pantas sehingga 21W (dibekalkan pengecas 18W bersama)
    • Bicu audio 3.5mm
    • Pembesar suara stereo
    • Sokongan Dolby Atmos + 360 Reality Audio + Hi Res
    • Rating tahan air dan debu IP68/IPX5

    Selain spesifikasi yang mantap seperti yang dinyatakan di atas, Sony turut mengumumkan dua aksesori untuk peranti ini; Stand Cover dan Style Cover sebagai tongkat untuk mendirikan peranti ini. Sony Xperia 5 II turut menyokong controller DualShock 4 untuk anda menikmati game di telefon pintar.

    Sony Xperia 5 II boleh didapati dalam warna Hitam, Kelabu, Biru dan Merah Jambu. Setakat ini, harganya masih belum diumumkan oleh Sony.

    Kami akan memaklumkan sekiranya Sony sudah mengumumkan harganya di mana-mana pasaran. Apakah jangkaan anda terhadap Sony Xperia 5 II? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured