Site icon TechNave BM

Sony Xperia Pro dilancar: Snapdragon 865, 4K HDR OLED, port micro-HDMI, harga lebih ~RM10,000

Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai Sony Xperia Pro yang mungkin hanya dilancar di pasaran AS sahaja. Peranti yang diumum pada awal tahun lalu bersama Sony Xperia 1 II kini telah dilancar. Sony Xperia Pro kini rasmi dijual secara eksklusif di pasaran AS dengan harga melebihi ~RM10,000.

Sony Xperia Pro dilengkapi Snapdragon 865, paparan 6.5 inci HDR OLED dan kamera 12MP yang menyokong autofokus sama ada untuk manusia atau haiwan dengan tangkapan autofokus (AF) 20fps dan (AE) auto exposure. Lebih menarik, peranti ini memiliki port micro-HDMI yang membenarkan pengguna menggunakan peranti sebagai paparan tambahan untuk kamera Sony Alpha mereka.

Sony Xperia Pro turut memiliki empat antena 5G mmWave yang memberi kelajuan memuat naik gambar dan video ke pelayan FTP jika anda menyambungkan kamera Sony Alpha ke peranti ini.

Peranti ini dijual di pasaran AS dengan harga $2,500 (~RM10,110). Adakah peranti yang bertindak sebagai pembantu kamera Sony Alpha ini mendapat perhatian jika hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

SUmber: GSMArena

Exit mobile version