fbpx
More

    Ulasan Sony Xperia 1 II – Telefon andalan dengan fungsi kamera profesional!

    Telefon pintar andalan Sony mungkin membuatkan peminat berfikir dua kali untuk membelinya dengan harga di pasaran. Tambahan pula, pelbagai jenama telefon pintar kini mula melancarkan peranti jimat kos untuk merangsang pasaran dan menarik pembeli melalui harga yang berpatutan.

    Dengan harga RM4,999, Sony Xperia 1 II mungkin tidak boleh diklasifikasikan sebagai telefon dengan harga berpatutan, tetapi dengan spesifikasi yang ditawarkan, anda mungkin berfikir sekali lagi sama ada ia sememangnya mahal atau harganya sudah selari dengan spesifikasi. Kini, kami akan mengulas mengenai Sony Xperia 1 II untuk anda.

    Reka bentuk – Cantik dan elok dipegang di tangan

    Berasaskan kualiti Jepun, Sony agak tegas dengan produknya termasuklah Sony Xperia 1 II. Rekaannya dilihat masih lagi berasaskan rekaan asal, tidak mempunyai lengkung seperti jenama telefon pintar yang lain. Badan Sony Xperia 1 II juga agak baik, teguh dan nipis.

    Walaupun ia mempunyai skrin OLED 4K HDR 6.5 inci 21:9, ia masih lagi kelihatan ramping. Berbanding telefon pintar lain dengan skrin 6.5 inci atau lebih besar ukurannya, Sony Xperia 1 II boleh dikatakan kompak dan memberi keselesaan semasa dipegang. Telefon ini hadir dengan rekaan skrin penuh, tetapi masih meninggalkan sedikit bingkai untuk ruang pembesar suara di bahagian atas dan bicu audio 3.5 mm di bahagian bawah.

    Di sebelah kanan, terdapat butang kelantangan bunyi dan butang kuasa yang diintegrasikan bersama sensor cap jari. Terdapat juga butang tangkapan kamera di sebelah kanan bahagian bawah dan bicu audio 3.5mm di sebelah atas. Slot kad SIM berada di sebelah kiri dan boleh dibuka tanpa menggunakan alat SIM yang mana sangat memudahkan pengguna.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Nampak biasa, tetapi fungsi yang setanding dengan harga

    Untuk peranti andalan berharga RM4,999, kebanyakan pengguna mungkin fikir bahawa harga sebegini susah untuk menarik perhatian pembeli dan sekaligus pengguna mungkin memberi tanggapan salah terhadap Sony. Oleh itu, ulasan ini adalah untuk membantu pengguna memahami bahawa harga yang ditawarkan untuk Sony Xperia 1 II adalah sebenarnya berbaloi dengan spesifikasinya.

    Ayuh kita lihat spesifikasi yang utama dahulu seperti Snapdragon 865. Cipset yang dilancar pada tahun 2021 ini mungkin dianggap sebagai sudah mula ketinggalan dan pengguna perlu menunggu Snapdragon 888. Namun, menurut Qualcomm perbezaan di antara kedua-dua cip ini hanya 14%. Oleh itu, Snapdragon 865 masih lagi berupaya sebagai janaan cipset bagus dalam masa beberapa tahun. Mengenai variannya, Sony Xperia 1 II memiliki RAM 8GB dan storan 256GB yang menyokong penambahan storan melalui slot microSD. Peranti ini juga menyokong kelulusan tahan air dan debu IP68 yang mana menjadi salah satu ciri yang hilang pada peranti jimat kos yang lain.

    Berkenaan kamera, peranti Sony ini dilengkapi kombinasi tiga kamera 12MP. Kamera utama, telefoto dan ultra lebar semuanya 12MP, bersama elemen penjejakan iToF 3D. Kesemua tiga kamera mempunyai zum automatik PD (ultra lebar dan kamera utama ada dwi-PD). Kamera utama juga menyokong fungsi penstabilan imej optikal (OIS). Lensa kamera utama Sony dikatakan memberi pengalaman zum yang lancar.

    Lensa ultra lebar, kamera utama dan telefoto masing-masing adalah 16-24mm, 24-70mm dan 70-200mm. Penukaran lensa semasa zum membenarkan skrin untuk mengurangkan efek herot (distort) dan tersekat, sekaligus memberi pengalaman tangkapan yang pelbagai. Sebagai tambahan, Sony Xperia 1 II juga mirip fungsi kamera Sony A9 dimana ia mampu menangkap 20 gambar sesaat dalam mod tangkapan berpanjangan pada 20fps. Pengguna mampu menangkap pergerakan objek dengan lebih jelas.

    Peranti ini mempunyai pelbagai fungsi dalam perisian kamera. Selain perisian kamera untuk kegunaan harian, Sony turut menambah dua lagi perisian kamera profesional seperti Photo Pro dan Cinema Pro. Seperti namanya, ia mempunyai dua fungsi berbeza iaitu untuk fotografi dan rakaman video. Pengguna boleh menggunakan fungsi profesional ini untuk mempertingkatkan pengalaman menggunakan kamera lebih mirip dengan fungsi DSLR.

    Untuk perisian sistem, Sony Xperia 1 II hadir dengan sistem Android 10 berasaskan versi kilang asal. Pada Disember 2020, ia telah mengemaskini kepada Android 11. Ia mengikuti sistem Android 11 yang tulen, disokong oleh perisian dan perkakas sendiri seperti sokongan Dolby Atmos, DSEE yang memberi pengalaman penggunaan telefon pintar dengan pelbagai fungsi.

    Prestasi – Fungsi asas sudah cukup berkuasa, prestasi kamera lebih berkuasa

    Tanpa ragu lagi, Sony Xperia 1 II dengan spesifikasi andalan semestinya berprestasi baik. Melalui ujian Geekbench 5, markah Single-Core ialah 732, manakala Multi-Core ialah 1861.

    Melalui ujian 3DMark untuk kualiti imej 2K pula, peranti ini mendahului dengan markah 3776 bersama imej kualiti 4K dan kelancarannya. Dalam mod umum pula, markah melalui OpenGL ES 3.1 adalah 6926.

    Melalui pengalaman gaming sebenar, pengulas mengujinya melalui game yang memerlukan spesifikasi tinggi seperti Genshin Impact. Setelah mengaktifkan kualiti imej dan kadar bingkai (frame rate) ditetapkan pada 60fps, pengalaman gaming untuk Genshin Impact adalah sangat lancar. Namun, setelah bermain game dalam masa agak lama, anda mungkin dapat merasa suhu yang agak panas di belakang perati. Namun, fenomena ini boleh dikatakan normal untuk sebuah peranti dengan cipset andalan. Untuk itu, kami menggalakkan pengguna untuk berehat seketika setelah bermain game dalam tempoh masa yang lama untuk menyejukkan peranti.

    Berkenaan jangka hayat bateri, Sony Xperia 1 II biasanya digunakan untuk kegunaan harian seperti melayari internet, memainkan video dan berkomunikasi. Peranti boleh tahan dalam masa sehari, tetapi jika pengguna menggunakan perisian kamera, game atau navigasi, peranti perlu dicas sebanyak dua kali. Jadi, anda mungkin perlu menyediakan power bank jika anda gemar menggunakan kamera peranti.

    Pengecas yang diberi bersama Sony Xperia 1 II adalah USB PD 18W yang mana boleh diklasifikasikan sebagai pengecas pantas kategori bawahan. Jadi, pengguna dinasihatkan untuk mengecas peranti sebelum tidur dan mengaktifkan fungsi Battery Care untuk mengelakkan kesan buruk terhadap bateri semasa pengecasan dalam tempoh yang lama.

    Mengenai pengalaman audio Sony Xperia 1 II, terdapat juga fungsi getaran selain daripada ciri definisi tinggi dan audio bertahap. Fungsi getaran Dynamic Function memberi getaran selari dengan audio semasa pengguna menonton filem atau mendengar muzik. Mungkin ada yang menyukai fungsi ini dan ada juga yang tidak menyukainya. Jika tidak menyukainya, anda boleh mematikan fungsi di tetapan.

    Dari segi aspek lain seperti sambungan WiFi, sambungannya agak stabil, sementara sambungan 4G LTE sememangnya bergantung kepada prestasi rangkaian di kawasan anda. Secara keseluruhannya, prestasi sambungan adalah baik. Walaupun 5G masih lagi tidak dikomersialkan di Malaysia, namun sistem peranti ini sudah bersedia untuk menerima rangkaian 5G. Jadi, pengguna tidak perlu bimbang tentang sambungan 5G kelak.

    Akhir sekali adalah mengenai fotografi. Kali ini, Sony telah menaik taraf prestasi kamera peranti generasi yang sebelumnya. Prestasi kamera Sony Xperia 1 II adalah baik tidak kira sama ada pada waktu siang atau malam. Dengan mod kamera profesional yang disediakan, pengguna boleh menggunakan ciri mirip DSLR melalui telefon pintar sahaja.

    Swafoto yang baik, prestasi 8MP yang memuaskan

    Kesimpulan – Nilai prestasi selari dengan harga tinggi

    Saya sering memberi perhatian terhadap telefon pintar Sony, jadi kualitinya sudah dijangkakan. Peranti kelas pertengahan sebelumnya seperti Sony Xperia 10 II juga memiliki prestasi yang agak memuaskan. Untuk Sony Xperia 1 II pula, saya sangat berpuas hati dengan reka bentuk, ciri kamera dan prestasinya.

    Di pasaran Malaysia, terdapat banyak pesaing untuk telefon pintar pada harga sekitar RM5,000. Pesaing utamanya dalah iPhone 12 Pro Max dari Apple yang berharga RM5,299 dengan kapasiti 128GB. Ia dioperasikan iOS dan sinonim dengan kamera yang menghasilkan gambar semulajadi. Apa pun, perbandingan di antara iOS dan Android adalah tidak masuk akal.

    Dalam segmen Android pula, Samsung Galaxy Note20 Ultra (baca ulasan disini) adalah pesaing utama Sony Xperia 1 II. Kedua-dua peranti ini mempunyai keupayaan baik dari segi kamera dan prestasinya. Walaupun berbeza antara muka UI, pengguna Galaxy Note20 Ultra memiliki ciri 120Hz, sokongan S Pen dan menggunakan cipset Exynos.

    Jika anda menginginkan peranti Sony dengan skrin 120Hz, anda boleh mempertimbangkan Sony Xperia 5 II yang berharga RM4,099. Namun, ia mempunyai sedikit perbezaan spesifikasi berbanding Sony Xperia 1 II. Anda boleh menunggu ulasan kami yang selanjutnya untuk Sony Xperia 5 II.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Pad 9 5G dilancar di Malaysia: Tablet 12.1 inci dengan skrin 2.5K bermula...

    HONOR Malaysia telah melancarkan tabletnya yang terbaru iaitu HONOR Pad 9 5G. Sebagai tablet kelas pertengahan, ia dilengkapi skrin berukuran 12.1 inci...

    HONOR MagicBook X 16 2024 rasmi di Malaysia dengan Intel i5-12450H, skrin 16″ berharga...

    Selain telefon pintar dan tablet, komputer riba HONOR MagicBook X 16 2024 juga dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel...

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X