Site icon TechNave BM

sooka mantapkan ekosistem hiburan tempatan dengan sokongan jenama nasional

Platform penstriman sooka mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia kandungan sukan dan hiburan terkemuka negara menerusi rangkaian kerjasama strategik bersama beberapa jenama tempatan utama termasuk Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, MAE by Maybank2u, Sports Direct, ZUS Coffee dan VIU.

Langkah ini bertujuan memudahkan akses rakyat Malaysia kepada kandungan sukan secara langsung dan hiburan Asia serta tempatan, di samping menawarkan nilai tambah melalui ganjaran dan promosi eksklusif. Masing-masing menawarkan keistimewaan tersendiri bagi menjadikan pengalaman penstriman lebih lancar dan berbaloi untuk pengguna:

sooka yang kini tersenarai sebagai aplikasi sukan nombor satu di Malaysia dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store, terus memperkukuh kedudukan sebagai jenama hiburan pilihan pengguna tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version