More

    sooka mantapkan ekosistem hiburan tempatan dengan sokongan jenama nasional

    Platform penstriman sooka mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia kandungan sukan dan hiburan terkemuka negara menerusi rangkaian kerjasama strategik bersama beberapa jenama tempatan utama termasuk Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, MAE by Maybank2u, Sports Direct, ZUS Coffee dan VIU.

    Langkah ini bertujuan memudahkan akses rakyat Malaysia kepada kandungan sukan secara langsung dan hiburan Asia serta tempatan, di samping menawarkan nilai tambah melalui ganjaran dan promosi eksklusif. Masing-masing menawarkan keistimewaan tersendiri bagi menjadikan pengalaman penstriman lebih lancar dan berbaloi untuk pengguna:

    • Maxis: Pelanggan Maxis Postpaid 139/169/199 menerima akses percuma enam bulan kepada sooka Premium. Pengguna Hotlink layak menikmati sehingga 30 hari tontonan percuma Sports & Entertainment. Pelanggan lain boleh melanggan pelan Premium pada RM25 sebulan (diskaun 50%) hingga 31 Januari 2026.
    • Etiqa: Semua pengguna sooka menerima perlindungan insurans kemalangan peribadi bernilai RM10,000 manakala pelanggan Etiqa mendapat akses percuma 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka melalui baucar digital.
    • U Mobile: Tawaran U Home 5G x sooka Premium yang menggabungkan jalur lebar 5G berkelajuan tinggi dengan langganan sooka, tersedia eksklusif dalam aplikasi MyUMobile.
    • Grab: Pengguna Grab boleh menebus pelan percuma 14 hari sooka Sports & Entertainment menggunakan mata GrabRewards sehingga 31 Disember 2025.
    • MAE by Maybank2u: Dalam kempen ‘JOM MAE’, pengguna baharu yang membuka akaun MAE menerima ganjaran tunai dan akses percuma 14 hari kepada sooka.
    • Sports Direct: Pembelian di kedai atau dalam talian melayakkan ahli menikmati akses percuma tujuh hari kepada pelan Sports & Entertainment sooka, sah hingga 26 Februari 2026.
    • ZUS Coffee: Penebusan mata ganjaran ZUS membolehkan pelanggan menikmati tujuh hari akses percuma kepada kandungan sooka, sah hingga 31 Disember 2025.
    • VIU: Peminat sooka dan VIU kini boleh menonton kedua-dua platform melalui pakej gabungan baharu bermula RM21.90 sebulan di laman web sooka.

    sooka yang kini tersenarai sebagai aplikasi sukan nombor satu di Malaysia dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store, terus memperkukuh kedudukan sebagai jenama hiburan pilihan pengguna tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured