SPayLater, perkhidmatan pembiayaan digital patuh Shariah di Malaysia telah melancarkan SPayLater Motorcycle iaitu satu penyelesaian ansuran baharu untuk memudahkan pengguna membeli motosikal.
Perkhidmatan ini menawarkan sehingga RM20,000 kredit dengan pelan bayaran fleksibel sehingga 60 bulan dan memerlukan pengguna melengkapkan proses eKYC serta menyerahkan dokumen pendapatan untuk menentukan kelayakan dan had kredit.
Berbeza dengan pinjaman konvensional, SPayLater Motorcycle memberikan pemilikan 100% ke atas motosikal, tempoh ansuran fleksibel dan kemungkinan bayaran pendahuluan sifar (tertakluk kepada dokumen yang diserahkan). Dengan proses sepenuhnya digital dan patuh Shariah, pengguna boleh menyemak senarai pengedar motosikal rakan kongsi, memilih model kegemaran dan menyelesaikan pembelian serta pelan bayaran di pengedar.
Melalui aplikasi ini, anda tidak tanpa perlu lagi berurusan secara fizikal di bank atau institusi kewangan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

