More

    SPayLater Motorcycle dilancar: Pembiayaan ansuran motosikal patuh shariah

    SPayLater, perkhidmatan pembiayaan digital patuh Shariah di Malaysia telah melancarkan SPayLater Motorcycle iaitu satu penyelesaian ansuran baharu untuk memudahkan pengguna membeli motosikal.

    Perkhidmatan ini menawarkan sehingga RM20,000 kredit dengan pelan bayaran fleksibel sehingga 60 bulan dan memerlukan pengguna melengkapkan proses eKYC serta menyerahkan dokumen pendapatan untuk menentukan kelayakan dan had kredit.

    Berbeza dengan pinjaman konvensional, SPayLater Motorcycle memberikan pemilikan 100% ke atas motosikal, tempoh ansuran fleksibel dan kemungkinan bayaran pendahuluan sifar (tertakluk kepada dokumen yang diserahkan). Dengan proses sepenuhnya digital dan patuh Shariah, pengguna boleh menyemak senarai pengedar motosikal rakan kongsi, memilih model kegemaran dan menyelesaikan pembelian serta pelan bayaran di pengedar.

    Melalui aplikasi ini, anda tidak tanpa perlu lagi berurusan secara fizikal di bank atau institusi kewangan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured