Site icon TechNave BM

Spesifikasi HONOR Magic 6 didedah, peningkatan mantap daripada Magic 5 Pro

HONOR akan melancarkan HONOR 90 GT dan tablet HONOR Pad 9 di China pada 21 Disember 2023. Selepas pelancaran ini, HONOR dijangka akan memberi tumpuan kepada rangkaian telefon andalan iaitu HONOR Magic 6 yang mungkin diperkenalkan pada minggu kedua Januari 2024.

Pendedahan terkini di Weibo mendedahkan spesifikasi yang dijangka ada pada model Magic 6 standard, menekankan peningkatan pada paparan, prestasi, hayat bateri dan fotografi berbanding dengan HONOR Magic 5 Pro.

Magic 6 dikatakan akan menampilkan skrin OLED empat-lengkung dengan pemalapan PWM 3840Hz, perlindungan mata Oasis dan kaca perlindungan Jurhino. Ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3, bateri Qinghai Lake 5,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan mungkin sokongan pengecasan wayarles.

Peranti ini dijangka mempunyai cip keselamatan yang lebih cekap, cip penambahfrekuensi radio C1 dan sokongan komunikasi satelit. Daripada segi kamera, Magic 6 dikatakan akan mempunyai kamera utama 50MP dengan apertur berubah bersama OIS, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP. Ia akan beroperasi pada Magic 8.0 berdasarkan Android 14 dan mempunyai rintangan tahan air dan habuk IP68.

Reka bentuk varian HONOR Magic 6 Porsche Design pula menunjukkan reka bentuk yang lebih mewah berbanding dengan Magic 6 biasa. Namun, pembaca digalakkan untuk mengambil maklum bahawa butiran ini mungkin berubah menjelang pelancarannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version