Site icon TechNave BM

Spesifikasi HONOR Magic8 Ultra tertiris, mungkin dilengkapi SD 8 Elite Gen 5 dan kamera telefoto 200MP

HONOR telah melancarkan siri telefon pintar flagship HONOR Magic8 di China yang terdiri daripada HONOR Magic8 dan HONOR Magic8 Pro. Sungguh pun begitu, terdapat khabar yang mengatakan syarikat itu akan melancarkan satu varian yang lebih canggih iaitu HONOR Magic8 Ultra.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, HONOR mungkin akan memperkenalkan sebuah varian baharu bernama “Ultra” yang akan membawa spesifikasi tercanggih dalam siri HONOR Magic. Ia bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 6.71 inci dengan sisi yang melengkun dan kamera utama 50MP OmniVision OV50R.

Varian Ultra ini juga akan mempunyai pengecaman muka 3D, pengimbas cap jari ultrasonik dan sebuah kamera telefoto baharu yang menggunakan sensor Sony LYT-910 200MP. Kapasiti baterinya juga sangat besar, sekitar 7,500mAh.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada HONOR mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version