Site icon TechNave BM

Spesifikasi kamera Moto X30 Pro disahkan, bakal jadi telefon pertama dengan kamera 200MP

Motorola dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Moto X30 Pro pada 11 Ogos 2022 dan buat masa ini, syarikat teknologi itu telah mengesahkan bahawa ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi kamera 200MP. Kini, mereka turut mengesahkan butiran penuh untuk modul kamera pada telefon tersebut.

Dalam laman web rasmi untuk Moto X30 Pro, telefon itu bakal dilengkapi kamera utama 200MP dengan sensor Samsung HP1 berukuran 1/1.22 inci. Sensor itu bakal menyokong rakaman video 8K pada kadar 30fps.

Selain itu, ia akan dilengkapi kamera ultra-lebar 50MP dengan sudut penglihatan 117° dan kamera telefoto 12MP dengan sensor Sony IMX663. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 60MP.

Untuk spesifikasi dalaman pula, ia bakal menjadi telefon Motorola pertama dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, manakala varian memorinya ditawarkan dalam 8GB+128GB, 12GB+256GB dan 12GB+512GB. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah skrin OLED 6.67 inci dengan kadar 144Hz, batero 4,550mAh dan pengecasan pantas 125W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lenovo

Exit mobile version