More

    Spesifikasi kamera Moto X30 Pro disahkan, bakal jadi telefon pertama dengan kamera 200MP

    Motorola dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Moto X30 Pro pada 11 Ogos 2022 dan buat masa ini, syarikat teknologi itu telah mengesahkan bahawa ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi kamera 200MP. Kini, mereka turut mengesahkan butiran penuh untuk modul kamera pada telefon tersebut.

    Dalam laman web rasmi untuk Moto X30 Pro, telefon itu bakal dilengkapi kamera utama 200MP dengan sensor Samsung HP1 berukuran 1/1.22 inci. Sensor itu bakal menyokong rakaman video 8K pada kadar 30fps.

    Selain itu, ia akan dilengkapi kamera ultra-lebar 50MP dengan sudut penglihatan 117° dan kamera telefoto 12MP dengan sensor Sony IMX663. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 60MP.

    Untuk spesifikasi dalaman pula, ia bakal menjadi telefon Motorola pertama dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, manakala varian memorinya ditawarkan dalam 8GB+128GB, 12GB+256GB dan 12GB+512GB. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah skrin OLED 6.67 inci dengan kadar 144Hz, batero 4,550mAh dan pengecasan pantas 125W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lenovo

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured