Site icon TechNave BM

Spesifikasi kamera Samsung Galaxy S25 Ultra tertiris, mungkin sama dengan Galaxy S24 Ultra

Siri Samsung Galaxy S25 dijangka bakal dilancar pada 22 Januari 2025 dan ditawarkan dalam empat varian utama, berbeza dengan tiga varian dalam siri Galaxy S pada tahun-tahun lalu. Salah satu daripada empat varian ini adalah Samsung Galaxy S25 Ultra dan kini spesifikasi mengenai kameranya sudah tertiris.

Memandangkan varian Ultra dalam setiap siri Galaxy S mempunyai fungsi fotografi tercanggih, pasti ramai yang berminat dengan kebolehan fotografi pada Galaxy S25 Ultra. Menurut sumber, berikut adalah sensor-sensor kamera untuk Galaxy S25 Ultra:

Ini merupakan modul sensor yang hampir serupa dengan Galaxy S24 Ultra pada awal tahun ini, namun ia masih lagi maklumat yang tidak rasmi. Kita perlu tunggu pelancarannya pada awal tahun hadapan untuk maklumat yang rasmi mengenai kameranya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version