More

    Samsung Galaxy S25 Slim mungkin dilancarkan pada suku kedua 2025

    Samsung dijangka mengadakan acara Galaxy Unpacked pada 22 Januari 2025 untuk melancarkan siri Galaxy S25. Tiga model utama dalam siri ini iaitu Galaxy S25, S25 Plus dan S25 Ultra telah disahkan melalui pangkalan data GSMA IMEI dengan nombor model SM-S931, SM-S936 dan SM-S938. Bagaimanapun, model keempat, Galaxy S25 Slim, tidak akan dilancarkan serentak.

    Berdasarkan maklumat terkini, model ini hanya dijangka diperkenalkan sekitar suku kedua 2025. Ketiadaan nombor model SM-S937 dalam senarai beta One UI 7 mengukuhkan spekulasi bahawa Galaxy S25 Slim bukan sebahagian daripada pelancaran awal siri S25.

    Selain itu, acara Unpacked dijangka turut memaparkan pengacah untuk Project Moohan iaitu sebuah peranti set kepaka XR baharu Samsung yang mungkin akan tersedia di pasaran pada tarikh yang lebih lewat. Strategi pelancaran berperingkat ini menyerupai pendekatan Samsung untuk Galaxy Ring sebelum ini.

    Nantikan perkembangan lanjut mengenai siri Galaxy S25 dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...