Site icon TechNave BM

Spesifikasi penuh OnePlus Nord2 tertiris dalam talian, dilengkapi cipset Dimensity 1200

Semalam, OnePlus baru sahaja melancarkan peranti kelas pertengahan mereka iaitu OnePlus Nord CE 5G. Ia hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding OnePlus Nord yang lalu, namun ia bukanlah penggantinya.

Terbaru, sebuah telefon pintar dengan nama OnePlus Nord2 dikhabarkan akan menjadi pengganti OnePlus Nord. Peranti ini telah muncul dalam talian dan spesifikasi penuhnya telah tertiris.

OnePlus Nord2 dikatakan akan menggunakan skrin 6.43 inci AMOLED FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia juga hadir dengan sensor cap jari bawah skrin, cipset Mediatek Dimensity 1200 dan bateri 4,500mAh. Baterinya menyokong pengecasan pantas 30W.

OnePlus Nord2 ini dikhabarkan akan mempunyai reka bentuk kamera yang hampir sama dengan OnePlus 9 Pro. Modul kameranya akan menempatkan tiga kamera iaitu kamera 50MP Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Pada bahagian depan pula, ia hadir dengan satu kamera swafoto 32MP. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan memori iaitu 8/128GB dan 12/256GB.

OnePlus Nord2 dijangka akan dilancarkan pada 9 Julai ini. Ia mungkin akan dijual pada tanda harga sedikit lebih tinggi dari Nord CE 5G.

Adakah anda berminat dengan OnePlus Nord2? Beritahu kami di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version