Telefon realme GT 8 Pro kembali mencuri tumpuan apabila butiran baharu mengenainya tersebar, mendedahkan beberapa ciri menarik menjelang pelancarannya bersama versi GT 8 tidak lama lagi. Tumpuan utama kali ini adalah rekaan unik dengan modul kamera boleh tukar, hasil kolaborasi bersama Ricoh.
Melalui rekaan ini, pengguna boleh menukar bentuk dan gaya “camera island” mengikut citarasa mereka, walaupun kedudukan lensa sebenar kekal sama. Berdasarkan imej yang didedahkan sekurang-kurangnya dua reka bentuk modul kamera dapat dilihat dan video rasmi menunjukkan akan ada tiga pilihan atau lebih. Namun begitu, proses pertukaran ini mungkin memerlukan sedikit usaha kerana modul tersebut dipasang menggunakan skru kecil dan bukannya sistem “snap-on” yang mudah.
Daripada segi spesifikasi, GT 8 Pro dikhabarkan hadir dengan paparan OLED QHD 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, menggunakan panel 10-bit LTPO daripada BOE. Ia akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan RAM sehingga 16GB serta bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.
Bahagian kamera pula membawa sensor utama 50MP LYT-808 dengan OIS (Optical Image Stabilization/ Penstabilan Imej Optik), lensa ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 200MP HP5 yang turut menyokong fungsi telemakro. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara dan getaran yang dipertingkat, pengimbas cap jari ultrasonik serta binaan kalis air IP69.
Dengan gabungan spesifikasi berkuasa dan rekaan inovatif, realme GT 8 Pro dilihat bakal menjadi antara peranti paling menarik tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: X

