More

    Spesifikasi realme GT 8 Pro didedahkan, dijangka bawa kamera telefoto 200MP dan bateri 7,000mAh

    Telefon realme GT 8 Pro kembali mencuri tumpuan apabila butiran baharu mengenainya tersebar, mendedahkan beberapa ciri menarik menjelang pelancarannya bersama versi GT 8 tidak lama lagi. Tumpuan utama kali ini adalah rekaan unik dengan modul kamera boleh tukar, hasil kolaborasi bersama Ricoh.

    Melalui rekaan ini, pengguna boleh menukar bentuk dan gaya “camera island” mengikut citarasa mereka, walaupun kedudukan lensa sebenar kekal sama. Berdasarkan imej yang didedahkan sekurang-kurangnya dua reka bentuk modul kamera dapat dilihat dan video rasmi menunjukkan akan ada tiga pilihan atau lebih. Namun begitu, proses pertukaran ini mungkin memerlukan sedikit usaha kerana modul tersebut dipasang menggunakan skru kecil dan bukannya sistem “snap-on” yang mudah.

    Daripada segi spesifikasi, GT 8 Pro dikhabarkan hadir dengan paparan OLED QHD 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, menggunakan panel 10-bit LTPO daripada BOE. Ia akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan RAM sehingga 16GB serta bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

    Bahagian kamera pula membawa sensor utama 50MP LYT-808 dengan OIS (Optical Image Stabilization/ Penstabilan Imej Optik), lensa ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 200MP HP5 yang turut menyokong fungsi telemakro. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara dan getaran yang dipertingkat, pengimbas cap jari ultrasonik serta binaan kalis air IP69.

    Dengan gabungan spesifikasi berkuasa dan rekaan inovatif, realme GT 8 Pro dilihat bakal menjadi antara peranti paling menarik tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...