Site icon TechNave BM

Spesifikasi realme Pad diumum, miliki skrin 10.4 inci, bateri 7100mAh bermula ~RM966

Baru-baru ini, realme telah berkongsi kepada umum tentang spesifikasi yang terdapat pada tablet pertamanya iaitu realme Pad. Syarikat itu bakal melancarkan realme 8i dan realme 8s bersama realme Pad pada 9 September ini. realme Pad hadir dalam dua varian iaitu 4G LTE dan Wi-Fi berharga $233 (~RM 966).

realme bakal dilengkapi panel skrin WUXGA+ 10.4 inci dengan resolusi 2000 x 1200 piksel dan mempunyai nisbah skrin-ke-badan 82.5%. Spesifikasi lain yang mungkin hadir pada peranti ini ialah ia mempunyai empat pembesar suara, kamera swafoto 8MP, kamera utama 8MP dan ketebalannya 6.9mm.

Menurut khabar angin yang tertiris sebelum ini, realme Pad akan menggunakan cipset Helio G80, RAM 6GB, storan dalaman 64GB, kapasiti bateri 7100mAh menyokong pengecasan pantas, port USB-C dan paparan antara muka realme UI 2.0 beroperasi atas Android 11.

Apa-apa pun kami masih menunggu maklumat rasmi daripada realme tentang peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet pertama realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version